Tuesday, 23 July 2013

BOLA KAMPUNG DIKOMERSIKAN



"BOLA KAMPUNG"  telah dikomersikan dalam pelbagai industri.
Antaranya adalah seperti:


KEK BOLA KAMPUNG



CENDERAMATA BOLA KAMPUNG



                                                        MAJALAH BOLA KAMPUNG

Friday, 19 July 2013

WATAK-WATAK

                                              WATAK-WATAK BOLA KAMPUNG




"BOLA KAMPUNG" ini berlatar belakangkan sebuah kampung bernama Gong Lechar. Cerita ini berkisah kepada sekumpulan kanak-kanak yang menggilai bola. Namun, mereka hanya bermain kerana minat semata-mata. itu semua berubah apabila Pengetua Daud dan jurulatih bola sepak yang baru, Abdul Rahman menubuhkan pasukan bola sepak untuk menyertai kejohanan antara sekolah. Iwan yang meminati Zinedane Zidane memimpin pasukan ini dalam usaha mereka menjadi yang terbaik. Malang bila impiannya ditentang hebat oleh Azman, si bapa yang pernah bermain untuk pasukan negara. Azman tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama seperti dia. Namun, dengan sokongan Azizul dan Sabok, rakan baiknya, Iwan berjaya mengatasi segala rintangan dan menjadi nadi pasukan. Bersama-sama, Iwan dan rakan-rakan bertaung dengan cabaran yang mendatang untuk mencapai impian masing-masing.

PENGENALAN KEPADA WATAK-WATAK UTAMA

IWAN
Iwan adalah seorang yang periang. Impiannya adalah untuk mewakili pasukan negara. Bermain di posisi tengah, dia sering membuat hantaran tepat dan merbahaya. Dia adalah nadi utama.

AZIZUL
Kekuatan Azizul sebagai pamain sayap kiri adalah larian laju dan hantaran yang tepat. Dia mempunyai sepasang kaki yang kuat kerana banyak membantu ayahnya di sawah.

SANTOKH
Santokh seorang yang ego dan amat kompetatif. Dia percaya yang dirinya adalah yang terbaik dan tidak akan bertolak angsur dengan sesiapa yang menentangnya. Mempunyai bakat yang hebat, dia amat ditakuti oleh pemain pertahanan dengan larian pantas dan rembatan deras.

SZETO
Reputasi Szeto sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di daerah Pohon Bambu adalah hasil daripada dedikasi menolong ayahnya mengopek kelapa setiap


                                                     PASUKAN BOLA KAMPUNG








"BOLA KAMPUNG" ialah sebuah animasi 2D dari Malaysia. Wataknya terdiri daripada berbilang kaum yang mempromosikan semangat muhibah, persahabatan, kesukanan, da mengaur-aurkan mesej positif. "BOLA KAMPUNG" merupakan salah satu animasi tempatan yang bukan saja terkenal dan mendapat sambutan yang amat baik tapi juga merupakan I.P Malaysia pertama yang disiarkan di Disney Channel dan dikomersikan dalam pelbagai industri seperti pakaian, penerbitan, serta cenderamata untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.